Sabtu, 14 April 2012

Puding Tembikai




Bahan-Bahan :

1 paket agar2 serbuk (agar2 10 gm)
2 keping roti gardenia
4 cawan air
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanila
sedikit bijan hitam
100 gm isi tembikai + 1 sudu besar air (diblend halus)
Sedikit pewarna hijau dan merah

Cara-Cara:

1. Masak agar2 bersama gula dan air hingga agar2 dan gula hancur.
2. Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan. Masukkan susu cair, roti dan susu pekat manis. Blend halus.
3. Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan yang diblend tadi ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega. Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit. Tutup api.
4. Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikai) dan bahagikan kepada 2 bahagian. Tuang 1 bahagian ke dalam acuan dan tunggu hingga adunan jadi agak keras sedikit.
5. Kemudian tuangkan sedikit adunan yang berwarna asal (juga dibahagikan kepada 2 bahagian) ke atas lapisan hijau tadi. Biarkan hingga agak keras sedikit juga.
6. Adunan selebihnya diwarnakan merah dan dicampur sekali dengan tembikai yg diblend, kacau rata. Curahkan di atas lapisan kedua (berwarna asal tadi). Semasa menuang adunan, selang-selikan dengan taburan bijan hitam sebagai pelengkap biji tembikai. Biarkan lagi hingga agak keras sedikit.
7. Kemudian tuangkan bahagian kedua adunan berwarna asal dan setelah keras sedikit tuangkan adunan akhir yang berwarna hijau.
8. Biar sejuk. Simpan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Nota:

1. Semasa menunggu untuk menuang dari satu lapisan ke lapisan yg lain, adunan yang menunggu untuk dituang hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak mengeras.
2. Loyang acuan sebaik-baiknya di letak dalam dulang yang berisi air sejuk (boleh tambahkan ais juga didalamnya) untuk mempercepatkan proses adunan di dalam loyang mengeras.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

my BF journey

Lilypie Breastfeeding tickers